
Selamat datang ke laman web Bahagian Usahawan GIATMARA
PENGENALAN MENGENAI GIATMARA
PENGENALAN MENGENAI GIATMARA
GIATMARA merupakan
sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah
akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad.
Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).
Penubuhan
GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan
vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi
membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi
tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan
industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah
setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai
sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan
menerusi MARA.
GIATMARA
memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (kini
dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama
seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata
& Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi.
Sambutan
dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA
berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada
masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster
iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan,
Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari,
Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Pada akhir RMK 10,
bilangan GIATMARA dijangka akan bertambah menjadi 231 buah seluruh
negara.
Visi
Menyediakan
latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak
Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera
yang berdaya saing.
Misi
Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan diiktiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa.
Objektif
- Melahirkan tenaga mahir negara
- Mewujudkan usahawan
- Membantu membasmi kemiskinan